https://www.facebook.com/NMCottonCollection
KESELESAAN ANDA,
KEPUASAN KAMI

http://nmcotton.blogspot.com/

Mengenai Kain Cotton

NM Cotton Collection

Bisnes kain Cotton ini telah menjadi trend dan hangat di pasaran sekarang adalah bisnes pakaian.  Bisnes cotton juga boleh dijadikan bisnes online untuk suri rumah dan suri berkerjaya yang ingin mencari pendapatan tambahan.  Saya juga membuka peluang untuk mereka yang  berminat untuk menjadikan bisnes ini sebagai pendapatan sampingan.  Peluang ini saya buka kepada semua ejen dan tukang jahit yang telah saya lantik dan masing-masing tidak sabar untuk meneroka bisnes ini.  Jika anda minat dan ingin menjadi ejen saya, boleh berhubung dengan saya secepat mungkin.


5 Tips Penjagaan Kain Cotton

Ramai diantara kita tidak ambil berat tentang penjagaan kain cotton. Penjagaan kain cotton tidaklah susah seperti kain silk. Jika kita abaikan mungkin kain cotton akan tidak tahan lama. Minggu ini kami nak berkongsi dengan anda semua cara-cara penjagaan kain cotton untuk tahan lama dan warna kekal cantik tidak luntur.


  1. Sebelum di hantar ke ‘tailor’ untuk tempahan anda dinasihatkan membuat basuhan pertama ke atas fabrik / kain cotton terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian.
  2. Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik / kain cotton anda.
  3. Anda boleh basuh fabrik / kain cotton dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik / kain cotton warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).
  4. Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut.
  5. Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.
Lepas ni boleh cuba amalkan. Insyaallah kain cotton kita akan tahan lama dan kekal cantik

Kelebihan Kain Cotton

Dunia menggunakan kapas untuk membuat pakaian dimana kapas merupakan produk semula jadi yang digunakan oleh seluruh negara dan pengeluarannya juga berkembang pesat. Kapas mempunyai banyak kelebihan iaitu berkemampuan untuk mengawal kelembapan, memberi keselesaan serta tahan lasak. Berikut merupakan penerangan mengenai kebaikan menggunakan kapas dalam industri pakaian:

1. Mengawal kelembapan
Hal ini bermaksud kain kapas tersebut bernafas dan mampu menghantar lembapan dari badan setelah itu menyerap dan membuang cecair daripada kulit. Ia berfungsi sama seperti tuala yang menyerap air ketika basah. Selain itu, kain Kapas atau Cotton membolehkan anda merasa selesa ketika bersenam, menjaga kelembapan dan kulit anda.

2. Penebatan
Seterusnya, pakaian kapas akan melindungi anda daripada haba pada musim panas mahupun pada musim sejuk kerana kain kapas mempunyai penebat haba yang dijadikan kain kapasperangkap udara di antara gentian kain. Oleh itu, gentian kapas dalam pakaian akan memegang fabrik daripada kulit yang membolehkan udara terperangkap dan membuat anda lebih selesa ketika menggunakannya.

3. Hypoallergenic
Kain kapas jarang menyebabkan reaksi alahan berlaku oleh itu individu yang mempunyai alahan kulit digalakkan memakai pakaian jenis kapas atau cotton. Hal ini kerana kapas merupakan hypoallergenic yang tidak memberikan kesan negatif kepada kulit. Malahan ia digunakan dalam produk perubatan seperti pembalut luka atau kain yang dijadikan pakaian bayi.

4. Kalis cuaca
Kain kapas mudah untuk dibuat untuk menjadi pakaian tahan cuaca melalui pembinaan serta kekemasan fabrik. Sebagai contoh, kain kapas boleh dibuat ke dalam pakaian yang padat seperti kain yang tebal dimana ia berfungsi untuk menjadi pakaian tahan cuaca dan mengekalkan keselesaan pakaian tersebut.

5. Selesa
Pakaian yang dibuat daripada kapas amat lembuh dan mudah digunakan oleh yang demikian ia amat selesa apabila dijadikan pakaian. Memandangkan kapas sangat lembut selesa, ia selalu digunakan untuk pakaian dalaman.

6. Ketahanan
Forum Antarabangsa untuk promosi kapas telah menyatakan bahawa kapas mempunyai kekuatan dan daya ketahanan yang tinggi. Oleh itu, ia sukar untuk rosak dan lusuh malah kain kapas adalah jenis yang tahan lama dan berkualiti.

Jenis kain pasang

Jika anda ingin membeli kain pasang yang berkualiti dan tahan lama anda perlu menitik beratkan kelebihan kain pasang tersebut. Berikut merupakan jenis kain pasang serta kelebihannya iaitu:


• Jenis cotton
Jenis kain cotton adalah selesa apabila digunakan dan ia mudah diperolehi. Selain itu, kain jenis kain pasang cotton adalah sejuk oleh itu ia menambahkan keselesaan apabila dipakai. Ia juga mudah didapati dan sering digunakan oleh masyarakat.

Kain cotton jenis ini biasanya lebih selesa dan sejuk untuk dipakai berbanding kain pasang yang dibuat daripada jenis polyster. Dengan harga yang lebih murah, kain cotton jenis ini mempunyai corak yang paling lengkap dan banyak pilihan berbanding jenis kain cotton yang lain dengan kandungan cotton yang tinggi.

• Jenis polyester
Ianya diperbuat daripada serat sintesis dan boleh diperolehi dengan harga ekonomi. Kain pasang jenis polyester mempunyai pelbagai pilihan warna namun ia kurang sesuai digunakan di kawasan yang beriklim panas seperti di Negara kita kerana kain jenis ini tidak menyerap peluh.

• Full 100% cotton
Kain jenis full cotton adalah lebih baik daripada kain jenis cotton kerana ia mempunyai kualiti yang baik serta membuatkan si pemakai rasa selesa sepanjang masa. Tetapi kain pasang jenis full cotton mudah kusut memandangkan kainnya yang lembut. Seterusnya, pewarna yang digunakan dalam kain pasang jenis kain pasang tersebut adalah berkualiti.

Kain cotton ini biasanya lebih baik berbanding dengan kain cotton biasa. Si pemakai akan terasa lebih selesa dan sejuk kerana bahan ini mempunyai kualiti yang sangat baik. Tetapi dengan kandungan cotton 100% ini, kain akan mudah kusut dan memerlukan jagaan yang lebih rapi. Bagi memilih kain cotton yang diperbuat dari jenis ini anda diminta lebih berhati-hati kerana kebanyakkan penjual kain cotton akan menyatakan bahawa kain cotton mereka adalah 100% tetapi sebenarnya kain cotton penjual tersebut adalah yang biasa sahaja. Kain cotton jenis 100% cotton akan terasa lebih lembut dan mudah kusut bila dipegang. Bahan pewarna yang digunakan adalah lebih baik.

• Jenis satin
Fabrik untuk kain pasang jenis satin juga berasal daripada kain cotton. Kain pasang jenis satin mempunyai anyamannya yang tersendiri. Anyaman jenis satin adalah saling silang antara satu benang dengan empat atau tujuh benang yang lain. Ciri-ciri kain pasang jenis satin adalah ia berkilat pada permukaan kain, berat dan tebal namun terasa lembut

Kain cotton jenis satin ini juga adalah 100% cotton tetapi strukturnya anyamannya adalah berbeza. Anyaman bagi kain cotton jenis satin ini adalah saling silang antara 1 benang dengan 4 atau 7 benang yang lain. Semakin banyak bernang yang menyilang, semakin lembut dan halus kain tersebut, tetapi juga semakin rapuh anyaman terhadap berus sewaktu mencuci. Ciri-ciri kain satin adalah seperti agak berat, berkilat pada permukaannya dan walaupun terasa lebih tebal, tetapi kain ini lebih lembut. Selain itu juga warna juga mempengaruhi tahap kelembutannya. Kain yang sebahagian besar berwarna putih tersa lebih lembut berbanding kain yang berwarna-warni.

SELAMAT DATANG KE NM COTTON VIETNAM